Resepi: mamakastam@myr
Sumber: Tun Telani
Bahan-bahannya:
1 gelas sagu biji kecil
3 gelas air
3/4 gelas gula pasir
Sedikit pewarna merah
1/2 biji kelapa parut putih sahaja
1 sudu kecil garam
1 sudu teh esen rose
Cara menyediakannya:
- Panaskan air dan pewarna merah sehingga mendidih.
- Masukkan sagu, kemudian kacau rata.
- Kemudian masukkan pula gula, gaul rata sehingga adunan menjadi sedikit pekat.
- Tuang ke dalam loyang.
- Kukus selama 20 minit. Walaupun kuih ini boleh di kacau saja di dalam kuali tetapi apabila di kukus, sagunya akan nampak berbiji-biji.
- Apabila sudah masak, sejukkan dan potong ikut suka dan gaul dengan kelapa.
No comments:
Post a Comment