Tuesday, 19 August 2014

Agar-Agar Gula Melaka


Sumber: Cute Oven


Bahan-bahannya:
1 paket serbuk agar-agar 10 gm/11 gm
1 liter air (4 cawan)
1 ketul gula melaka (lebih kurang 250 gm)
Sedikit gula pasir sekiranya perlu
200-250 ml santan pekat (1 cawan) 

1 biji telur ayam - masukkan dalam santan 
Secubit garam
2 helai daun pandan - dibasuh dan disimpulkan



Cara-menyediakannya:
  • Masak 1 liter air bersama gula melaka dan simpulan daun pandan sehingga larut dan tapis. 
  • Pastikan jumlah air gula ni menjadi 1 liter ye sebab kadang-kadang jumlah air menjadi kurang ketika proses yang agak lama ketika melarutkan gula Melaka.
  • Kalau kurang, tambah lagi air supaya menjadi 1 liter kembali.
  • Masak air gula yang telah ditapis bersama serbuk agar-agar hingga larut.
  • Kecilkan api dan masukkan campuran santan bersama telur dan garam. 
  • Kacau dan tunggu hingga menggelegak atas api sederhana. 
  • Basahkan loyang atau apa-apa acuan kegemaran dengan air.
  • Kemudian tuang adunan agar-agar santan dan biarkan mengeras. 
  • Boleh simpan di dalam peti ais untuk mendapatkan agar-agar yang sejuk 



PENTING!
Bila menggelegak, biar seketika lebih kurang 1-2 minit atau boleh kuatkan api dapur dan biar adunan mengelegak kuat sambil dikacau-kacau. Kacau ni untuk mengelakkan adunan membuak dan melimpah dari periuk. Pandai-pandailah adjust api dapur tu ye. Nanti akan kelihatan adunan santan jadi berbintil-bintil. Tutup api.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...