Saturday, 30 August 2014

Puding Roti Pelangi


Sumber: Hana


Bahan-bahannya:

  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 170ml susu cair
  • 8 gm serbuk agar2 @ sepeket
  • 1/2 cawan gula
  • 2 sudu besar butter/marjerin - (cairkan)
  • 3 1/2 cawan air
  • Pewarna 



Cara menyediakannya:
  1. Didihkan 3 cawan air, serbuk agar-agar dan gula ke dalam periuk.
  2. Blend roti, telur, susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). 
  3. Kemudian masukkan ke dalam periuk agar-agar yang telah dididihkan tadi.
  4. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. Matikan api.
  5. Bahagi kepada 3 bahagian. 
  6. Masukkan warna pilihan dan kacau sebati. 
  7. Ambil sesenduk warna pertama, letakkan di tengah loyang diikuti dua warna yang selebihnya.  
  8. Ulang proses sehingga siap.
  9. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk.

Nota:
Lakukan proses melapis dengan cepat kerana ia cepat membeku.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...