Tuesday, 19 August 2014

Kuih Lopes


Sumber: Dayang Jack


Bahan-bahannya:
2 cawan beras pulut
2 cawan santan cair
1/2 cawan air pandan

1 sudu teh air kapur
1/2 sudu teh garam
Beberapa titik pewarna hijau
Kelapa parut di gaul dengan sedikit garam




Cara menyediakannya:
  • Cuci beras pulut, rendam beras pulut dengan air selama 3 jam, masukkan juga pewarna hijau & air kapur. 
  • Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya. 
  • Kemudian toskan dan masukkan ke dalam loyang. Kukus selama 20 minit. 
  • Lepas itu, masukkan santan & air pandan, kukus lagi selama 30 minit.
  • Alas bekas 4segi/bulat dengan plastik/daun pisang. Ambil pulut tekan padat2 dengan plastik/daun pisang. Biarkan sejuk, kemudian potonglah ikut bentuk yang disukai. 
  • Kemudian golekkan pulut ke dalam kelapa parut.



Air Gula
2 ketul gula melaka}
5 sudu besar gula} - 
ikut kemanisan yang dikehendaki
3 cawan air
1 helai daun pandan 

Semasa kukus pulut, bolehlah buat air gula. Masukkan semua bahan dalam periuk, bila dah mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat. Bila dah sejuk boleh dimakan bersama pulut.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...