Monday, 18 August 2014

Tepung Pelita



Resepi:  Yani @myR
Sumber: Tun Telani dan izahdaut



Bahan Lapisan Bawah:
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
4 helai daun pandan dimesin dengan sedikit air  / 1sk pandan paste
sedikit kapur dan sedikit garam



Cara Menyediakannya:

  • Tepung beras, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
  • Masakkan tepung yang diadun dan kacau hingga masak dan berkilat. tun masak sampai dia letup2 dalam kuali
  • Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.
  • Taburkan gula atas lapisan jika suka



Bahan Lapisan Atas:
4 sudu besar tepung beras (ratakan)
2 sb tepung ubi
1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan - ( 1 cawan santan kotak + 3 cwn air) 
1 sk garam



Cara Menyediakannya: 

  • Perah santan, masukkan tepung beras dan garam. Kacau sehingga sebati.
  • Masak santan yang diadun tadi dan kacau sehingga pekat/letup-letup. 
  • Angkat santan dan curah ke atas tepung yang di dalam acuan tadi.
  • Sejukkan



Bahan Tambahan:

  • Gula untuk diletak ditengah lapisan - (letak 1/4 sudu kecik gula)



NOTA:
Izah ikut sedikit tips dari joayee untuk membuat kuih ni  basah2 seperti kuih dibeli. Dalam bancuhan tepung beras lapisan pandan tu, saya taruk 2 sb tepung ubi. Dan semasa hendak meletakkan lapisan santan putih ke dalam bekas, sudukan dulu sedikit gula ke atas lapisan hijau kemudian baru dilapiskan lapisan putih. Saya taruk 1/2 sk gula. 





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...