Sunday 31 August 2014

Kek Span Blueberry


aqmarhana.blogspot.com


Sumber: Kak Nor

Bahan-bahannya:
  • 150g tepung superfine
  • 150g gula kastor
  • 5 biji telor gred A
  • 1 sudu besar ovalette
  • 80ml air
  • 80ml minyak / mentega cair
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • Pewarna kegemaran
  • 400ml - Whipping cream untuk mendeko


Cara menyediakannya:
  1. Sediakan tin pembakar bulat atau 4 segi ukuran 8 inci, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak.
  2. Satukan gula, ovalette, tepung, serbuk penaik dan telur dalam mangkuk adunan. 
  3. Pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.
  4. Perlahankan kelajuan dan masukkan air dan pukul lagi pada kelajuan tinggi sehingga kek menjadi ringan.
  5. Masukkan minyak/mentega cair ke dalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.
  6. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 45 minit atau sehingga masak pada suhu 150 - 180 darjah celcius.
  7. Bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan di atas redai kek...lebih kurang 5 minit...bagi mengelakkan kek kita kempis.
  8. Setelah kek sejuk sepenuhnya, bolehlah di deko mengikut citarasa masing-masing.


Kek Lapis Happy Day


Sumber: Dayang Jack


Bahan-bahannya : loyang 6" x 6"
  • 3/4 cawan tepung superfine - diayak
  • 1/2 cawan tepung gandum - diayak
  • 5 biji telur A
  • 225 g mentega berkualiti tinggi 
  • 3/4 cawan gula halus
  • 1/2 cawan serikaya
  • 1/4 cawan susu pekat manis
  • 1 sk esen vanilla
  • 2 sk serbuk nescafe 
  • Pewarna 

Cara menyediakannya:
  1. Panaskan pengukus. Balut penutup pengukus dengan tuala bersih. Alas loyang dengan kertas serap minyak dan sapukan mentega serta ditaburkan dengan sedikit tepung.
  2. Putar mentega bersama gula hingga gebu dengan kelajuan maksimum. Kemudian masukkan telur satu demi satu sambil diputar perlahan.
  3. Masukkan susu pekat, serikaya dan putar sehingga sebati.
  4. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil diputar perlahan.
  5. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian.
  6. Warnakan hijau, merah, kuning dan satu adunan lagi dicampurkan dengan pewarna/perisa coklat dan serbuk nescafe (kacau sebati). 
  7. Untuk lapisan pertama, tuangkan adunan warna kuning dan ratakan. 
  8. Kemudian tutup loyang dengan kertas foil tetapi hendaklah direnggangkan. 
  9. Kukus selama 5-7 minit atau sehingga adunan dah tak cair. 
  10. Kemudian buat lapisan keduanya. Ulangi proses sehingga habis. 
  11. Untuk lapisan terakhir, kukus selama 20 minit lagi supaya kek masak sempurna.
  12. Setelah masak, tutupkan api. Sejukkan kek sebelum dipotong. 

Cakoi




Sumber: izahdaut


Bahan-bahannya:
400 g tepung - diayak
1 cawan air
1 sudu besar majerin - dicairkan
1 sudu kecil garam
3 sudu besar gula
1 sudu besar susu pekat manis
1 kuning telur
2 sudu kecil yis segera
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
Minyak untuk menggoreng


Cara menyediakannya:
  • Satukan air, majerin, garam, gula, susu pekat manis, kuning telur, yis dan soda bikarbonat ke dalam mangkuk besar. Kacau agar sebati.
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam bancuhan di atas.
  • Uli sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di jari. Biarkan selama setengah jam. Bekas berisi doh hendaklah dibalut di dalam beg plastik yang bersih.
  • Canaikan doh setebal 1/2 sm, kalau boleh dalam bentuk segiempat tepat.
  • Potong kepada kepingan bersaiz 1 inci.
  • Rendamkan lidi di dalam air. Tekankan lidi basah tersebut di atas setiap kepingan 1 inci tersebut.
  • Cantumkan dua kepingan dengan bahagian yang bertanda lidi bertemu antara satu sama lain .
  • Panaskan minyak. Tarik kedua-dua hujung cakoi dan goreng hingga keperangan.


Sos Manis:
1 1/2 sudu makan tepung kastard
1 cawan susu segar
3-4 sudu besar susu pekat manis
sedikit pandan paste

  • Masukkan semua bahan2 ke dalam periuk kecil.
  • Masak atas api sederhana. Kacau selalu sehingga sedikit pekat-pekat manja.
  • Angkat dan sejukkan untuk dinikmati bersama cakoi.


Pau Lembut Gebu


Sumber: Myresipi


Bahan-bahannya: (10 biji)
2 1/2 cawan tepung pau/gandum - diayak 
3/4 sudu teh yis kering
1/2 sudu teh baking powder
4 sudu makan gula castor
1 sudu makan lemak sayuran
1 sudu teh bread softener
1/2 cawan air suam


Cara menyediakannya:

  1. Satukan tepung, yis, baking powder, bread softener di dalam mangkuk adunan.
  2. Uli sebati dengan memasukkan air suam sedikit demi sedikit.
  3. Masukkan lemak sayuran, uli lagi sehingga doh tidak melekat/licin
  4. Bahagikan doh kepada 10 bahagian
  5. Masukkan inti dan tutup kemas.
  6. Letakkan setiap pau di atas kertas empat segi (2" x 2 ") dan susun di dalam pengukus.
  7. Rehatkan pau selama 45 minit di dalam kukusan.
  8. Untuk mengukus, didihkan air didalam periuk pengukus.
  9. Kukus pau selama 10 minit.


***Jika menggunakan Bread Maker, masukkan mengikut turutan, air suam, yis, tepung pau, baking powder, gula castor, bread softener dan lemak sayuran kemudian pilih menu dough dan tekan start. Biarkan doh di dalam bread maker selama 10 minit sahaja, tak perlu tunggu sehingga masa tamat (1 1/2 jam)


***TIps : Air perlulah betul2 panas/mendidih untuk mengukus pau bagi mendapatkan pau yang lembut dan gebu.



Kuih Tiram


Resepi:  s_shamen@myresipi.com
Sumber: Dapur tanpa sempadan



Bahan-bahannya:
500 gm tepung gandum
1 biji telur gred A - dikacau sedikit
2 camca besar marjerin/mentega
1/2 camca teh garam
160 ml air (kurang lebih) - saya tukar dengan santan
Gula kastor secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Untuk gam (pes):
6 camca besar tepung jagung
6 camca besar minyak masak
- disatukan dan kacau hingga menjadi paste

Cara menyediakannya:
  1. Bancuh tepung jagung dengan minyak masak dan kacau hingga menjadi pes yang licin dan tidak berketul2. Ketepikan.
  2. Masukkan tepung, garam, telur dan mentega. Tuang air/santan sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan.
  3. Bulatkan dan bagi kepada 2 - 3 bahagian.
  4. Ambil satu bahagian, canai nipis dan sapu rata dengan pes tepung tadi
  5. Kemudian gulung kemas2 macam nak buat swiss roll.
  6. Ketatkan gulungan dan potong lebih kurang 1.5 cm. Sebesar ibu jari.
  7. Ambil satu bahagian, tekan sedikit dan  canai nipis.
  8. Kemudian goreng dalam minyak sederhana panas, sehingga kuning keemasan.
  9. Angkat dan toskan minyaknya. Sira dengan gula halus.

Begedil Ayam


Sumber: Sinar Kehidupanku

Bahan-bahannya:

  • 1/2 kg ubi kentang
  • 200 gm daging ayam kisar
  • 2 sudu teh lada sulah - tumbuk lumat
  • 1 sudu besar bawang goreng
  • 2 tangkai daun sup dihiris halus
  • 1/2 labu bawang besar - dipotong dadu
  • 2 biji telur ayam
  • Garam secukup rasa
  • Minyak


Cara menyediakannya:

  1. Kupas kentang dan potong sederhana nipis. Cuci dan toskan. 
  2. Goreng sehingga masak, angkat dan toskan. Lenyek/tumbuk sehingga lumat. 
  3. Sementara itu tumiskan bawang besar dan masukkan daging ayam kisar dan masak sehingga separuh masak.
  4. Satukan kesemua bahan-bahan kecuali telur di dalam satu bekas.
  5. Ambil sedikit adunan dan kepal2kan. Bentukkan bulat dan leperkan sedikit. Buat hingga habis.
  6. Dalam bekas lain, pecahkan telur dan kocak2kan. Celupkan setiap ketulan begedil tadi dengan telur terlebih dahulu sebelum digoreng dengan minyak sehingga berwarna keemasan.


Asam Pedas Ikan Tongkol


Sumber: Sinar kehidupanku

Bahan-bahannya:
1 ekor ikan tongkol
2 biji tomato - belah 4

6 batang bendi
1 batang bunga kantan - belah 4
1 cekak daun kesom
2 batang serai - di ketuk
3/4 cawan air asam jawa
Garam
Minyak - untuk menumis



Bahan kisar:
1 cawan cili kisar
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci belacan - dibakar

1 sudu kecil lada hitam biji - di tumbuk halus/serbuk
Air secukupnya


Cara-menyediakannya:

  1. Ikan tongkol di siang, rendam sebentar dengan air asam jawa, cuci bersih dan toskan. 
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar hingga naik bau, masukkan cili kisar dan masak hingga terbit minyak. 
  3. Masukkan air dan jus asam jawa biarkan mendidih.
  4. Kemudian masukkan ikan, tomato, bendi, bunga kantan, serai dan daun kesum. 
  5. Perasakan dengan garam. Masak hingga sedikit pekat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...